Pelawak sensasi, Shuk Sahar memang cukup dikenali dengan kisah rumah tangganya yang ‘panas’ dan disebabkan itu, beliau sering dipandang serong oleh orang ramai.
Oleh kerana sudah penat ‘melayan’ drama curang Shuk, isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera dikatakan sudah nekad ingin berpisah biarpun banyak kali dipujuk oleh pelawak tersebut.
Lama mendiamkan diri dari dunia media sosial sejak penghujung tahun lalu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang dirakam oleh seorang pemuda yang secara tidak sengaja ternampak Shuk disebuah restoran.
Kelihatan di dalam video terbabit, Shuk bersama seorang wanita yang dipercayai merupakan wanita yang sering kali dikaitkan dengan kontroversi curangnya yang lalu.
Cepat melakukan tindakan, netizen mulai menjengah di laman Instagram wanita terbabit dan mendapati tudung yang dipakai serta baju sama seperti gambar yang pernah di muat naik sebelum ini.
Susulan video yang telah tular itu, rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran itu mempersoalkan tindakan Shuk yang tetap ingin berlaku curang biarpun ada ‘khabar angin’ yang mengatakan dirinya sudah berbaik dengan isteri.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.