Pelakon dan penyanyi Linda Rafar mengakui dirinya selesa mengenakan niqab namun tidak pernah mengisytiharkan dirinya sudah berhijrah secara ‘full-time’.
Ujar Linda, berikutan keputusannya untuk berniqab, ramai pula yang tampil melabelkan dirinya sebagai oportunis ataupun ‘penunggang agama’ kerana dalam pada masa yang sama dia turtu menjalankan perniagaan hijab menerusi jenama LR Hijab.
Tambahnya, dia sudah lali dengan mulut netizen yang mengutuk dan mengkritik asalkan dia menjaga hubungan baik antara manusia dan Allah S.W.T.
Saya dah lali dengan kritikan dan kecaman orang. Nak fikir mulut orang memang sampai bila-bila takkan habis.
Ada yang cakap saya tak layak pakai niqab. Saya fikir, biarlah apa orang nak cakap yang penting kita buat baik dan jaga hubungan dengan Dia yang cipta kita.
Bekas anggota kumpulan nyanyian Elite ini turut mendedahkan antara sebab dia mengenakan niqab adalah untuk mengelakkan daripada terkena penyakit ‘ain’.
Kata Linda, suaminya pelakon Syed Aiman juga sedang menderita penyakit itu dan kini sedang beransur pulih setelah merujuk pakar perubatan Islam.
Ceritanya, Syed Aiman terkena penyakit ain sehinggakan suaminya itu mengalami kemurungan, sukar bernafas dan mudah berasa resah secara tiba-tiba.
Perkembangan lain, ibu kepada lima cahaya mata itu juga sedang menunggu pembinaan sebuah rumah tahfiz di Jawa Tengah, Indonesia yang dibinanya menggunakan dana peribadi lebih kurang RM100,000.
“Rumah tahfiz yang dibina sekarang dihuni sekitar 20 orang. Semuanya hidup daif, miskin tak macam realiti di Malaysia. Saya cuba apa yang mampu. Saya bukan Ebit Lew atau Neelofa tapi kita tolong sedaya mampu.” katanya mengakhiri perbualan.
MARIA
December 22, 2021 at 1:40 am
Kita berdoa yg baik2 jgn hina perubahaan org , apalgi nak hukum org …artis jg manusia, ….saya mendoakaninda isiqamah satu hari nanti…semoga suami sembuh seperti sedia kala….
cikfendi
December 13, 2021 at 3:01 pm
nak berniqab tapi gigih dia berselpi posing bagai nak rak.. muak aku dengan karenah munafik mu..
Anonymous
December 13, 2021 at 1:22 pm
rasanya berniqab ni kena bersederhana.. tapi zaman sekarang ni pakai niqab mcam berfesyen pulak. dengan eyeliner,eyeshadow,contact lens berwarna,bulu mata palsu,baju rambu ramba. bukannye nk cakap berniqab xblh bergaya,tapi mcm xkena dgn reason berniqab
AKHIRZAMAN
December 13, 2021 at 11:48 am
nk berniqab ke tudung labuh ke jubah ke..kau xpyh la nk up gbr tu kt ig ke apa weyyy wahai artis! senyap2 sudah, jd insan mulia disisi Allah..caption guna hadis ayat quram tp kau sinis netizen(risau sgt ngn pdgan manusia), byk lg nk bebel tp cukup la dulu..