Gara-Gara Berniqab, Linda Rafar Diserang Ustazah Dan Ustaz ‘Jadian’

Hiburan

Gara-Gara Berniqab, Linda Rafar Diserang Ustazah Dan Ustaz ‘Jadian’

Penyanyi dan pelakon Linda Rafar khabarnya ada menerima banyak serangan peribadi daripada golongan agamawan yang terdiri daripada ustaz dan ustazah ‘jadian’ berikutan keputusannya untuk mengenakan niqab.

Linda Rafar
3 minggu lalu

Penampilan Berubah, Linda Rafar Kini Sudah Berniqab?

Advertisement

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar berkata dia berharap agar diberikan ruang dan sedikit pengertian berkenaan perubahan imejnya kini kerana tidak mahu terlalu menghebahkan mengenai hal tersebut.

Kata Linda, terlalu ramai agamawan jadian yang menyerangnya dengan menghantar mesej peribadi di media sosial Instagram miliknya.

Advertisement

Allahuakbar, ramai sungguh ustazah, ustaz jadian yang datang serang dan hantar direct message (DM) Instagram saya. Dengar sini, saya belum umumkan apa-apa lagi. Mohon jasa baik jaga hati dan perasaan saya. Untuk berubah, biar daripada hati.

Dalam pada itu, Lina meminta mereka di luar sana agar tidak menghukum seseorang yang ingin berubah ke arah yang lebih hanya dengan mencari kesalahan orang lain.

Tegas bekas anggota kumpulan nyanyian Elite itu lagi, tiada manusia dalam dunia ini yang sempurna termasuklah dirinya.

Terdahulu, Linda menerusi akaun Instagram miliknya dilihat sering saja menggayakan imej berniqab sejak kebelakangan ini.

Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berikutan imej terbarunya itu, Linda hanya memohon doa yang baik daripada peminat di luar sana serta menyatakan dirinya masih belum bersedia untuk mengulas mengenai penampilan terbarunya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    November 15, 2021 at 1:44 pm

    glamour sgt ke dia ni.. pakai p lah apapun.. org dah x kisah..

  2. Anon

    November 15, 2021 at 12:14 pm

    Sape SO Called Agamawan itu? Niqab itu culture. Bukan agama rule. Ada baca asal usul pakai tu sbb perempuan ada masuk keluar rumah guru nya ada yg ‘bermalam’. Untuk elak fitnah, kata sebulat suara pakai hitam dan tutup muka. Jadi sape yg keluar dari rumah gurunya org tak dpt teka. Org nak fitnah susah zaman tu. Now cctv camera mata2 melambak. Org pun dah tak minat agama sgt. Hati baik ada adab budi bicara itu yg paling penting sekarang. Kadang ahli agama ini “Psiko” sebenarnya…

  3. Anonymous

    November 15, 2021 at 9:46 am

    knp artis berniqab ni, tang mata tu xnk ‘niqab’? bkn laa suh tutup mata jgk, tp bersolek mata kan dh rosakkan tujuan niqab tu
    niqab utk tutup atau selindung agar tiada bahagian yg nampak menarik, tp part mata dan kening di solek berlebih2

  4. brunes

    November 15, 2021 at 8:43 am

    hahahahaha gambar yg tadah tangan dan ada kata2 mutiara tu yang dia boleh blah lah siap nak buat live lagi.. siapa nak hadap porompuan setengah abad attention seeker nichh.. patut bersyukur lah ada org kasi attention tu walau sedikit hahahahah sad artis kertu tak laku

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...