“Laki Anda Bukan ‘Taste’ Saya” – Siti Elizad Dituduh ‘Pelakor’ Gara-Gara Balas Mesej Suami Orang?

Hiburan

“Laki Anda Bukan ‘Taste’ Saya” – Siti Elizad Dituduh ‘Pelakor’ Gara-Gara Balas Mesej Suami Orang?

Hanya disebabkan membalas mesej peminat di media sosial, pelakon dan juruhebah radio, Siti Elizad pula dituduh mengganggu suami orang oleh sesetengah netizen.

Kata Elizad, dia tidak berniat untuk menjadi perampas suami orang dan hanya membalas mesej yang dihantar di Instagram sebagai tanda menghargai sokongan peminat.

Advertisement

Ujarnya, dia tidak mengetahui sama ada individu itu lelaki atau perempuan mahupun suami orang kerana bilangan yang menghantar mesej terlalu ramai.

Kalau ada 20 komen, semuanya saya akan beri emoji love. Saya pun tak tahu lelaki atau perempuan sebab ramai. Sekali kena pula laki orang. Sampai isteri dia pula mesej saya marah-marah.

Meskipun menerima komen dan tuduhan negatif mengenai perkara itu, Elizad memilih untuk tidak ambil kisah dengan perkara-perkara sebegitu kerana lebih suka menghabiskan masa bersama suami.

Jangan risau akak-akak di luar sana. Suami anda bukan taste saya. Saya takkan kacau, Insya-Allah. Bibit-bibit cinta bersama suami saya masih ada walaupun belum dikurniakan zuriat.

Jelas Siti Elizad lagi, dia mengamalkan sikap hormat-menghormati apatah lagi peminat di luar sana yang suka memberi hadiah sebagai tanda ingatan kepadanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

eina fouziah ghous
2 bulan lalu

"Next.." - Lelaki Ini Dakwa Gelaran 'Datuk' Suami Fouziah Gous & Eina Azman Pula Palsu?

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra.com.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    October 3, 2022 at 7:59 am

    im a fan! tu je nk ckp.
    i suka the way elizad carry herself

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...