Apabila seseorang itu berjaya mewakili Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa sudah tentulah rakyat tumpang gembira dan rasa bangga dengan pencapaian mereka.
Ini adalah tentang pelakon remaja yang mungkin ramai tidak kenal, Idan Aedan yang berjaya lakar sejarah menjadi bintang pertama Malaysia ke siri Netlix antarabangsa.
Profil Idan Aedan
1. Nama sebenarnya adalah Muhammad Shahidan Abdullah
2. Lahir pada 2 Julai 2004 dan kini berusia 18 tahun
3. Antara filem lakonan Idan adalah Pulang yang menampilkan Remy Ishak sebagai pelakon utama, Kerana Korona dan Zombitopia.
4. Memulakan kerjaya sebagai pelakon seawal usia 10 tahun
5. Pernah merangkul gelaran Juara dalam gameshow realiti TV Over The Top anjuran TV3
6. Menjadi tumpuan pengarah dan produksi di Malaysia kerana dikenali dengan bakatnya dalam menghayati watak beremosi
Berjaya ke pentas antarabangsa
Idan akui memang menjadi cita-citanya untuk berlakon dengan produksi antarabangsa namun tidak menyangka rezekinya datang terlalu cepat.
Ketika usia 17 tahun, dia berjaya tembus ke layar antarabangsa apabila terpilih menjadi watak utama di dalam siri Netflix 13 episod berjudul Mr. Midnight : Beware The Monsters.
Saya bersyukur diberi peluang sebesar ini, Dalam masa yang sama, saya boleh cakap tak pernah terbayang untuk sampai ke tahap itu.”
Penggambaran filem tersebut telah berlangsung pada pertengahan 2021 di Batam, Indonesia dan Singapura di mana Idan membawa watak Tyar.
Pengalaman tak dapat dilupakan
Jelas Idan lagi, dia sangat teruja kerana dapat bekerja dengan tiga pengarah hebat dari luar negara iaitu Tony Tilse, Sean Oliver dan Yee-Wei Chai.
Bukan itu saja, Idan juga rasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon yang lain iaitu Caleb Monk, Chen Yixin, Nikki Dekker dari Australia.
Selain teknik lakonan, Idan juga beruntung kerana diberikan pendedahan tentang ‘camera work’ dan teknikal yang lain di mana ia sangat membantunya memahami keseluruhan perjalanan cerita tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.