Semenjak menetap di luar negara, usahawan kosmetik Sajat semakin rancak menikmati hari-hari dan bercuti di Australia.
Sering berkongsikan aktiviti harian di media sosial Instagram, Sajat sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia ada memuat naik beberapa keping foto untuk tatapan peminat di luar sana.
Dalam hantaran tersebut, Sajat dilihat sedang menghabiskan masa lapangnya dengan bersiar-siar di sekitar Sydney, Australia.
Namun, apabila menjengah ke ruangan komen foto berkenaan, pandangan netizen lebih tertumpu kepada bahagian punggung Sajat yang didakwa kelihatan palsu.
“Sajat letak kain apa kat bont*t sampai tebal menebal..” tanya seorang netizen.
Malah, ada yang menuduh Sajat berlebihan dalam menyunting foto sehingga kelihatan palsu.
Walaupun begitu, ada peminat yang meninggalkan komen menyelar tindakan netizen yang gemar mengecam dan mengkritik setiap kali usahawan itu memuat naik foto dan video.
Terdahulu, Sajat telah disenaraikan dalam kalangan individu muflis selepas menjalani beberapa dakwaan di mahkamah.
Dia yang sebelum ini diburu pihak berkuasa Malaysia telah melarikan diri dan berjaya meloloskan diri ke negara Australia.