Selepas teruk dikecam oleh orang ramai, Datuk Jovian Mandagie tidak mendiamkan diri dan memberi penjelasan berkenaan isu pelitup muka perlukan perakuan SIRIM.
Menurut Jovian melalui hantaran Instagram yang dibuat olehnya baru-baru ini, beliau berkata para netizen sudah salah faham dengan maksud asal yang hendak dirinya sampaikan kepada umum.
View this post on Instagram
Jovian berkata dia tiada niat untuk memperkecilkan pelitup muka lain yang ada di pasaran tetapi ia ditujukan untuk peniru pelitup muka jenamanya dan istilah ‘hauk’ itu sememangnya sesuai untuk ‘si peniru’ itu.
Dalam pada masa yang sama, Jovian memberitahu tiada sebarang kelebihan yang dimiliki seperti didakwa oleh sesetengah netizen.
All I can guarantee you all that my brand is not the first to have SIRIM stamp.
Dalam pada itu, dia turut berkata jenama yang sudah dibina selama 15 tahun oleh dirinya selama ini boleh berkembang kerana reputasi serta kualiti barangnya yang bagus dan meminta orang ramai untuk tidak mengecamnya lagi selepas memberi penjelasan berkenaan isu terbabit.