Nafi Guna Aset Kerajaan, Jovian Mandagie Jawab Isu Balik Rumah Naik Helikopter

Hiburan

Nafi Guna Aset Kerajaan, Jovian Mandagie Jawab Isu Balik Rumah Naik Helikopter

Tular di media sosial semalam apabila hantaran pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie di Instagram mengenai dia menaiki helikopter untuk pulang ke rumah telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

2 years lalu

Rekaan Topeng Muka Ditiru Individu Tidak Bertanggungjawab, Ini Respon Jovian Mandagie

Advertisement

Menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu dikatakan telah menggunakan aset kerajaan untuk tujuan peribadi selepas terkandas akibat banjir.

Enggan masyarakat terus membuat spekulasi sendiri, Jovian tampil menafikan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai satu fitnah semata-mata.

Saya tak guna aset kerajaan, Lilahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. You all nak maki hamun saya, teruskan tetapi itu adalah fitnah.

Perkara tersebut dijelaskan Jovian menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya, malam tadi.

Jovian juga menjelaskan bahawa helikopter yang digunakan olehnya untuk pulang ke rumah adalah jenis komersial dan tidak boleh digunakan untuk membantu mangsa banjir.

“Kenapa tak guna helikopter nak bantu orang ramai? Pasal itu helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu dan turunkan bantuan atau naikkan mangsa.” jelasnya.

Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa mereka yang mempunyai perasaan kurang senang atau tidak puas hati dengan apa juga yang dikongsikan di media sosial agar tidak mengikutinya di media sosial.

Terdahulu, Jovian ada berkongsi satu story di laman Instagram yang menunjukkan dia menaiki sebuah helikopter untuk pulang ke rumah untuk bertemu isteri dan anak perempuannya.

Sehubungan itu, sesetengah netizen menganggap Jovian seolah-olah mengambil kesempatan dan menggunakan aset negara memandangkan statusnya sebagai menantu kepada Perdana Menteri Malaysia ketika ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Suhaimi Saad

    December 20, 2021 at 10:01 pm

    Teruk nya perangai …. Ini lah kerajaan tebukk atap

  2. Anonymous

    December 20, 2021 at 4:04 pm

    mmg bukan aset kerajaan..hbs duit byr heli tu…korg tu berlagak je cam humble..tp bile berdepan sombong ..fussy tak nk follow order nk ikut kepala sendiri..rmi da nmpk kereknye family mertua ko tu esp si nina..fake je tjk prihatin..watso eva

    • anonymous

      December 20, 2021 at 11:52 pm

      gayboy mulut mencebik ni memang sombong yang amat lepas kawin anak mail propa yang bodoh sombong tu terus jadi kaya raya padahal dulu tak femes pon desain baju semua macam taikkkk dasar ponen mnurtadd

  3. anonymous

    December 20, 2021 at 12:19 pm

    kau sendiri yg provok bahlol dlm situasi rakyat terkandas kau up story naik heli apasal kau sengaja seek attention ….spesis lelaki2 lembut nih memang perangai suka menunjuk agak2 la sekarang ni banjir susah bukan semua org dpt kekayaan ‘terpijak’ macam kau dasar sotong kayangan ptuihh

Loading...