Lagu ‘Tangkap Muat’ Lebih Dapat Sambutan, Black Hanifah ‘Menyampah’ Tengok Lambakan Penyanyi Hasil Program Viral

Hiburan

Lagu ‘Tangkap Muat’ Lebih Dapat Sambutan, Black Hanifah ‘Menyampah’ Tengok Lambakan Penyanyi Hasil Program Viral

Penyanyi Black Hanifah atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad baru-baru ini ada meluahkan perasaan menyampah apabila wujud terlalu ramai penyanyi baharu yang hanya bersandarkan populariti di media sosial semata-mata.

Kata Black, muka-muka baharu ini patutnya hadir dengan bakat yang ada bukannya hanya ‘viral’ dan ‘trending’ di media sosial.

Advertisement

Jelas Black, dia bermula menjadi seorang penyanyi pada usia 10 tahun dan mengakui tidak mudah kerana banyak liku-liku yang pelru dilalui sepanjang kariernya.

Yang mempunyai bakat menyanyi tu okay tapi yang tak boleh menyanyi tetap diangkat menjadi penyanyi, ia akan merosakkan industri muzik tanah air.

Kami selaku penyanyi yang berada lama dalam industri ini berharap agar pelapis baharu ini boleh menyanyi secara live dan bukan sekadar rakaman sahaja.

Dia dalam pada itu turut menzahirkan perasaan kecewa apabila karya seperti lagu nyanyiannya kurang mendapat sambutan berbanding lagu-lagu yang tular di media sosial.

“Saya minta kepada semua pendengar di Malaysia untuk menjadi seorang pendengar muzik yang baik serta tahu menilai karya dan sama-sama membantu penyanyi yang ada bagi menaikkan lagi industri muzik Malaysia.” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zarina anjoulie
2 years ago

“Kata Aku Kaki Dadah Habis Kau?” - Sering Dihina Di Media Sosial, Zarina Anjoulie Buat Laporan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...