“Kata Aku Kaki Dadah Habis Kau?” – Sering Dihina Di Media Sosial, Zarina Anjoulie Buat Laporan Polis

Hiburan

“Kata Aku Kaki Dadah Habis Kau?” – Sering Dihina Di Media Sosial, Zarina Anjoulie Buat Laporan Polis

Pelakon dan juga selebriti media sosial, Zarina Anjoulie dilaporkan ada membuat satu laporan polis terhadap individu yang didakwa telah menghinanya secara keterlaluan.

Kata Zarina, individu itu telah mengaibkan dirinya di media sosial dengan beberapa hantaran yang bersifat menghina fizikal dan status dirinya sebagai ibu tunggal.

Advertisement

Individu yang tidak didedahkan identitinya itu menurut Zarina telah membuat kenyataan seperti mengata fizikal dan menuduhnya sebagai seorang ‘kaki dadah’.

Mengata fizikal saya seperti sumbing sebab buat pembedahan, itu fitnah. Mana ada saya sumbing. Dia juga kata saya bukan contoh ibu yang terbaik.

Kata saya kaki dadah tapi dia tu macam mana pula? ‘Scam’ duit bapa saudara saya, serang rakan saya di klinik.

Zarina telah membuat laporan polis tersebut di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan pada jam 2.30 pagi, semalam.

Jelas aktres yang ditemui Harian Metro itu,  hal sebenar di sebalik apa yang berlaku antara mereka adalah terlalu panjang untuk diceritakan.

Dia nak saman saya bersama dua lagi individu lain iaitu rakan dan bapa saudara saya, biarlah mahkamah tentukan, biarlah undang-undang tentukan. Tapi tak perlu dia buat video di Facebook dan TikTok untuk mengaibkan saya.

Terdahulu, Zarina ada memuat naik satu hantaran video yang memaklumkan mengenai tindakannya membuat laporan polis mengenai kes itu.

Usahawan itu juga berkata bahawa dia sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada pemilik akaun berkenaan namun individu itu enggan menghentikannya sekaligus membuatkan Zarina mengambil tindakan undang-undang selanjutnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zarina anjoulie perli awal ashaari
2 years ago

"Karma Is Real" - Dakwa Awal Ashaari Pernah Burukkan Rakan Peguam, Zarina Anjoulie Perli Balik?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...