Pelakon dan pengacara, Shiha Zikir hanya berlapang dada apabila dia dikritik hebat oleh sesetengah individu yang mempersoal kelayakannya untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak lama lagi.
Shiha yang mempertaruhkan dua lagu iaitu Tusuk dan Kalam pada SFMM38 berkata, dia tidak terkesan dengan kritikan tersebut sebaliknya hanya ingin memberi persembahan yang terbaik.
Ada yang cakap saya saban tahun masuk AJL. Saya fikir bukan begitu. Kali pertama saya masuk AJL kerana menggantikan Datuk Siti Nurhaliza. Sebelum itu, beberapa algu saya sendiri hanya berjaya pada peringkat SFMM.
Kali pertama bertanding di pentas AJL melalui lagu AEWO disusuli Irama, itu sahaja, baru dua lagu (masuk AJL).
Untuk edisi AJL yang seterusnya, lagu Kalam menjadi pertaruhan Shiha pada kali ini.
Meskipun dikecam, dia berkata rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T tidak pernah putus dan tidak perlu mereka-reka kontroversi hanya kerana ingin menaikkan nama.
Dia dalam pada itu turut berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya secara positif dan tidak mempunyai pandangan negatif terhadap orang lain.
Meninjau laman media sosial, usai sahaja senarai finalis AJL38 diumumkan, nama Shiha menjadi tumpuan gara-gara dia dikatakan tetap ‘bolos’ dan mendapat tempat untuk bertanding dalam anugerah berprestij itu setiap tahun.
Malah, ada yang mempertikaikan kelunakan suara dan melodi lagu penyanyi itu selain turut ‘menyentuh’ kerjaya Shiha yang lain seperti mengacara dan sebagainya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.