“Jumpa Anda ‘Nombor 2′” – Bukan Isteri Baru, Aiman Hakim Ridza Umum Kehadiran Anak Ke-2 Di Tahun 2024

Hiburan

“Jumpa Anda ‘Nombor 2′” – Bukan Isteri Baru, Aiman Hakim Ridza Umum Kehadiran Anak Ke-2 Di Tahun 2024

Pelakon Aiman Hakim Ridza semalam mengumumkan satu berita gembira di mana isterinya, pelakon dan model Zahirah MacWildon kini hamil anak ke-2.

Aiman dilihat berkongsi pengumuman itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada hari Ahad.

Advertisement

Tulisnya, dia tidak sabar menunggu kedatangan tahun 2024 dan mengucapkan rasa syukur di atas kehamilan itu.

Ruangan komen hantaran berkenaan dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan-rakan selebiriti.

Sekadar info, Aiman dan Zahirah telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Isaac Raees.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

athira Hafidz
4 months ago

"Setiap Manusia Buat Kesilapan, Jangan Kita Hukum Dia" - Hafidz Roshdi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...