(LAGI VIDEO)Xpax Blackberry Curve 8520

(LAGI VIDEO)Xpax Blackberry Curve 8520

Sila skroll ke bawah untuk membaca artikel terbaru

Advertisement

Ramai betul yang hantar email kat kami cakap tak puas tengok video 17 saat promosi Xpax Blackberry Curve 8520 hari tue. Jadi kat atas nie ada satu lagi video yang menerangkan ciri-ciri Blackberry Curve 8520 nie. Kalau dah tengok video nie pun tak puas hati jugak kami tak tau nak cakap apalah.

Tapi kami tau kenapa anda teruja sebenarnya.  Mana pernah dibuat orang prepaid keluarkan plan untuk Blackberry. Kami pun tertanya-tanya macam mana agaknya plan Xpax nie nanti. Yang penting rasanya compem berbaloi-baloi. Namun begitu (aceh ayat skema), jangan risau sebab kami akan sentiasa up to date anda semua dengan plan Xpax Blackberry nie.

Ramai jugak yang mesej tanya apa jadi lepas daftar kat website Xpax Blackberry tue. Untuk pengetahuan korang, bila korang click kat link nie, anda akan dibawa ke skrin macam kat bawah nie:-

blackberry curve 8520

Jadi apa yang anda perlu lakukan cuma letakkan nama, no kad pengenalan, email dan nombor telefon. Lepas tue memang tak akan jadi apa-apa. Sebab ini sekadar pre-register untuk Xpax dapatkan maklumat diri korang semua. Bila dah ada maklumat nie, barulah senang untuk Xpax hantar info bila tarikh pre-book dan tarikh pelancaran plan Xpax Blackberry nie. So apa yang korang perlu buat ialah just tunggu jer email ataupun telefon daripada Xpax.

Buat yang belum pre-register tue, kami syorkan anda pre-register dulu kat http://xpax.com.my/blackberry. Tak ada rugi apa-apa. Untung lagi ada sebab berkemungkinan besar untuk dapat freebies daripada Xpax. Tunggu apa lagi ? Jom register ramai-ramai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...