Selepas namanya digugurkan dari drama yang mempunyai 100 episode, Rita Rudaini memaklumkan terdapat sebuah lagi produksi drama telah membatalkan penglibatannya semata-mata mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurut pelakon itu lagi, dia merasakan vaksin ataupun tidak, kedua-duanya sama sahaja kerana sebelum adanya vaksin jika hendak pergi ke tempat kerja, mereka hanya perlu membuat ujian calitan walaupun belum divaksin dan boleh bekerja seperti biasa.
Sama sahaja SOP sebelum sampainya vaksin ini. Semua patuh SOP kena swab test dulu sebelum kerja. Jadi apa bezanya sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke vaksin pun boleh jadi pembawa, apa bezanya?
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, ada juga pihak yang menawar untuk menjual sijil vaksin palsu namun dia menolak kerana Rita berpendapat mahu mencari rezeki dari saluran yang halal.
Dalam hantaran seterusnya, pelakon yang cukup popular dengan lakonannya dalam Mami Jarum itu berkata dia tidak pernah berkira jika hendak mempromosikan drama lakonannya sebelum ini.
Kenapa masa promosi tiada diskriminasi? Jangan berkira..
Terdahulu, nama Rita menjadi perbualan netizen apabila dia mengaku enggan menerima vaksin dan turut menyebarkan beberapa hantaran di media sosial mengenai ketidak-percayaannya kepada suntikan pelali itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.