Lagi Luahan Hati Seorang Rakyat Malaysia Yang Kecewa Dengan Sikap Rakyat Indonesia

Hiburan

Lagi Luahan Hati Seorang Rakyat Malaysia Yang Kecewa Dengan Sikap Rakyat Indonesia

astro media prima

Dulu kami pernah keluarkan luahan hati seorang pembaca tentang TV3 dan mendapat ratusan komen daripada anda semua. Rata-rata semuanya bersetuju dengan apa yang diluahkan terutama bab cerita Indonesia yang terlalu banyak ditayangkan di TV3.

Advertisement

Hari ini kami terima lagi satu email. Kali ini luahan si pembaca berkaitan dengan sikap rakyat Indonesia yang kurang ajar sehingga memalukan Malaysia. Sambil-sambil itu, sedikit nasihat telah ditujukan kepada Astro dan Media Prima. Mungkin Marlisa (si penghantar email) mahukan syarikat penyiaran Malaysia memboikot segala karya Indonesia disebabkan sikap kurang ajar rakyat Indonesia ini.

Ikuti luahan hati Marlisa di bawah:-

[note]Salam

Nama saya Marlisa. Actually saya nak buat luahan perasaan tentang syarikat penyiaran di Malaysia. Saya sangat tak berpuas hati tentang Media Prima dan Astro. Mereka ni buta atau pekak?? Mereka tak pernah dengar rungutan rakyat Malaysia?? TOLONG HENTIKAN PENYIARAN CERITA, LAGU ATAU APA-APA SAHAJA TENTANG INDONESIA! Saya amat kesal kerana Media Prima mahupun Astro tak mengendahkan rungutan orang ramai.

Semalam hanya kerana bola sepak, Malaysia menjadi Trending Topic di Twitter! We hate Malaysia, Malaysiacheatlaser. Dan media di Indonesia mengatakan team Malaysia memakai dukun! Ramai artis yang saya follow mereka mendapat cacian dari rakyat Indonesia di Twitter terutamanya Tiz Zaqyah, Yuna, Sharifah Sofea dan ramai lagi saya rasa. Even saya pun terkena jugak. Tolong la Abang Nara. Tolong bukakan mata semua syarikat penyiaran di Malaysia

Saya pernah melancong di Indonesia saya tak nampak pun 1 filem or drama Malaysia di sana. And lagu pun 1 haram pun saya tak dengar. Tapi orang Malaysia still pasang lagu or cerita Indonesia. Import la mana-mana cerita luar Negara janji jangan Indonesia. Saya rasa cerita Korea amat berkualiti untuk ditonton. Itu hanya pandangan saya sahaja.
Oklah setakat ini sahaja luahan saya. Sekian terima kasih. [/note]

Apa pendapat anda? Wajar atau tidak Astro dan Media Prima boikot segala produk keluaran Indonesia untuk  menunjukkan tanda tidak bersetuju terhadap apa yang rakyat Indonesia telah lakukan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...