November 22nd, 2010

logo tv3

Kami ini jenis tak tengok sangat televisyen. Almaklumlah siang hari bekerja dan malam hari kena update blog. Kadang-kadang kalau tengok TV pun kami tak tengok channel TV3. So kami tak tahu sangat siaran apa yang ada kat TV3 nie. Tapi baru-baru ini kami mendapat satu luahan hati daripada seorang penonton tegar TV3. Ikuti luahan hatinya.

[note]Sebelum mula apa2, nama saya faiz.. saya nak luahkan rasa tak puas hati saya terhadap TV3.. Saya dah naik menyampah tgk rancangan2 TV3 yang mana kalau boleh semuanya nak indon je, asyik2 cerita indon yang diorang tayang, takde cerita lain ke yang diorang boleh tayang, apa cerita melayu x hebat ke?

Ok pe cerita drama dan movie melayu lama, bleh jugak di layan daripada asyik tayang cerita indon yang mengarut tu.. Cerita pulak asyik ulang tayang je. Nanti nak masuk musim cuti sekolah lagi la banyak cerita indon yang diorang tayang, mula la duduk depan TV tgk cerita indon tu, budak2 pun mula la nak ikut jugak cakap indon tak reti nak cakap melayu.

Apasal nak sangat tayang cerita indon tu? Cuba fikir diorang ada ke tayang cerita kita? Jangankan cerita, lagu pun haram diorang nak pasang, yang nak di agong2kan negara sana buat apa? Tengok diorang bakar2 bendera kita, masih nak sokong jugak?

Orang kat luar dah banyak komplen, buat aduan dkat surat khabar la, kat facebook pun ada group jugak, masih tak nampak lagi ke Dato Farid? Jangan sampai 1 Malaysia boikot TV3 sudah.. Ingat ni negara Malaysia, bukan Indon.. kalau nak sangat tayang cerita indon, pergi amik satu channel kat indon, then taruk la semua cerita indon kalau nak..

DATO FARID DAN SEMUA AHLI MEDIA PRIMA TOLONG BUKA MATA.. KAMI DAH BENCI ASYIK TAYANG CERITA INDON.. cerita melayu lama masih ada, ulang tayang pun takpe la.. jangan sampai 1 Malaysia sebut perkataan “TAKNAK PADA TV3”..
renung2 kan lah..

[/note]

Kepada anda yang penonton tegar TV3, sila berikan pendapat anda. Betul ke tidak luahan hati si Faiz ini?

P.S: Hitler pun bengang dengan budak yang cium mulut hari tue.


Comments are closed.

Loading...