Baru-baru ini, akaun Twitter Pejabat Perdana Menteri memuat naik sebuah video yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta beberapa anggota lain berada dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara.
Mesyuarat terbabit diadakan bagi memutuskan harga ayam runcit akan dikurangkan sebanyak 20 sen iaitu daripada RM9.10 ke RM8.90 dan hal tersebut telah mendapat kecaman yang hebat dari warganet.
Bukan itu saja menjadi topik kecaman netizen, malah air yang diminum oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat terbabit menjadi tumpuan kerana jenama air Evian yang diminum itu berharga RM8 sebotol.
Keluhan serta kemarahan warganet di platform tersebut telah mendapat perhatian suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim yang kemudiannya memuat naik status seakan-akan memerli mereka yang menunjukkan kemarahan terhadap isu terbabit.
Oleh kerana ciapan terbabit, teruk Nedim dikecam netizen dimana rata-rata merasakan lelaki terbabit boleh bercakap sedemikian kerana tidak pernah berasa susah, malah ada juga menghentamnya balik dengan memuatnaik satu foto menunjukkan beberapa botol arak di atas meja makan Nedim bersama isterinya.
Ke nak minum air ni? https://t.co/CL9PG90FIw pic.twitter.com/vruqjyrdqd
— bunga (@flwrsxB) February 3, 2022