May 19th, 2011

kutipan filem kongsi

Hebat. Itu sahaja yang mampu Abang Nara katakan apabila mendengar jumlah kutipan filem Kongsi selepas 7 hari ditayangkan. RM7 juta tue beb. Kiranya sehari lebih kurang RM1 juta jugaklah kutipan filem Kongsi ini.

Walaupun mendapat review yang agak tidak bagus terutama daripada Abang Nara (sumpah tak faham jalan cerita dia), tetapi nampaknya faktor Shaheizy Sam menyebabkan kutipan filem Kongsi ini meletup-letup. Dengar ceritanya penggambaran filem Kongsi 2 akan bermula selepas hari raya nanti. Sama-sama kita nantikan macam mana pulak hasilnya.

Apa pun tahniah kepada David Teo atas hasil kutipan yang memberangsangkan ini. Dan tahniah juga kepada anda yang telah pergi menonton sekaligus menyokong industri perfileman tempatan. Jangan lupa pergi tengok Nur Kasih The Movie yang dibuka untuk tayangan hari ini.


Comments are closed.

Loading...