Review Filem Kongsi, Lu Langsi Lu Mati

Hiburan

Review Filem Kongsi, Lu Langsi Lu Mati

review filem kongsi

Semalam Abang Nara telah dijemput oleh pihak MIG untuk menonton filem Kongsi yang bakal keluar di pawagam pada 12 Mei 2011 (esok). Terima kasih banyak-banyak atas jemputan. Filem Kongsi yang bertaglinekan “Lu Langsi Lu Mati” merupakan sebuah filem serius komedi. Apa-apa pun kita tengok trailer filem Kongsi dulu.

Advertisement

Diterajui oleh Shaheizy Sam, filem Kongsi agak mengecewakan di mata Abang Nara. Kalau nak diikutkan, kekuatan filem ini sememangnya 100% bergantung kepada lakonan mantap Shaheizy Sam. Kelemahan paling ketara filem Kongsi ialah ketiadaan plot ataupun jalan cerita. Filem Kongsi seolah-oleh filem jalan-jalan jumpa orang dan gaduh. Itu sahaja.

Selain daripada lakonan Shaheizy Sam yang sememangnya tak mengecewakan, filem Kongsi banyak menunjukkan aksi-aksi pergaduhan dan kejar mengejar guna kereta yang mantap. Filem ini sangat sesuai ditonton kalau anda nak hilangkan stress bekerja sebab babak-babak lawak dia agak menjadi jugaklah. Kelakar jugaklah watak gangster cakap Kelantan yang dibawa oleh Shaheizy Sam.

Secara ikhlas, Abang Nara hanya mampu bagi 3 bintang daripada 5 kepada filem Kongsi ini. Jalan ceritanya memang lemah. Kalau boleh di”touch up” kan sikit jalan ceritanya mungkin filem ini boleh membawa kelainan kepada genre perfileman negara kita. Tapi Abang Nara sarankan anda tonton filem ini terutama kalau anda peminat setia Shaheizy Sam.

Akhir pesanan, Lu Langsi Lu Mati. Sekian terima kasih.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...