Filem Polis Evo 3 arah Syafiq Yusof yang kini sedang ditayangkan memecah rekod filem diarahkan oleh abangnya Syamsul Yusof, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan.
Polis Evo 3 yang menampilkan Shaheizy Sam dan Zizan Razak sebagai teraju utama itu telah mencipta sejarah apabila mendapat kutipan sebanyak RM16 juta hanya selepas empat hari tayangan di Malaysia, Brunei dan Singapura.
Mat Kilau pula sebelum ini mencatat RM12.2 juta dalam tempoh yang sama dan Syafiq akui tidak menjangka filem Polis Evo 3 akan mendapat sambutan memberangsangkan begini.
Semestinya saya terharu kerana baru minggu pertama filem ini sudah mencatatkan jumlah yang begitu memberangsangkan. Jadi, saya berharap momentum ini akan diteruskan ke minggu akan datang.”
Salah satu faktor yang menarik orang ramai untuk tonton mungkin kerana barisan pelakon lain seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Farali Khan dan ramai lagi.
Pada 2015, Polis Evo telah berjaya mendapat kutipan lebih RM18 juta sekaligus menjadikan ia filem tempatan pertama menembusi kutipan box office melebihi jumlah tersebut.
Manakala Polis Evo 2 yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2018 pula mencatat jumlah kutipan sebanyak RM23 juta.