Kurang Yakin Nak Mengembara Solo? Ini Senarai Tips Yang Berguna Buat ‘Beginner’!

Travel

Kurang Yakin Nak Mengembara Solo? Ini Senarai Tips Yang Berguna Buat ‘Beginner’!

Aktiviti melancong pastinya ditunggu-tunggu setelah penat bekerja setiap hari dan dapat menjadi terapi bagi menghilangkan stress.

Namun kini, seolah menjadi ‘trend’ pula apabila ramai yang lebih gemar untuk mengembara secara solo berbanding dalam kumpulan.

Advertisement

solo travel

Apa yang penting, jika bergerak secara solo, terdapat beberapa aspek seperti keselamatan bagi memastikan percutian menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.

Berikut adalah tips buat mereka yang ingin mengembara secara solo jika ia adalah pengalaman kali pertama!

1. Membiasakan Diri

Jika mengembara secara solo, kesunyian adalah pasti dan ia  adalah normal. Jadi, sebelum memulakan pengembaraan solo, cuba untuk meluangkan masa secara bersendirian.

Seperti contoh, biasakan diri dengan melakukan akticviti secara sendirian seperti membaca buku di kafe atau pergi ke restoran tanpa ditemani orang lain.

2.Jangan Ambil Risiko

solo travelSumber : Google  

Ketika bersendiri, keselamatan adalah perkara pentin dan anda harus berwaspada dan kekal rasional.

Beranikan diri untuk mencuba benda baharu, tapi usah terburu-buru terutamanya ketika bersendirian.

3. Cari Kawan Baru

Cuba untuk mencari kawan yang pernah mengembara secara solo agar lebih banyak pengalaman baru dapat diperolehi dan berkongsi pendapat antara satu sama lain.

4. Atasi Rasa Takut

solo travelSumber : Google  

Atasi rasa takut dengan keluar dari keselesaan hidup dan letakkan diri anda dalam pengalaman baharu dan mencuba sesuatu di luar kebiasaan anda.

Dan pastinya, ada kebolehan baharu yang akan anda dapat, tidak seperti yang anda sangkakan.

5. Buat ‘Research’

Lengkapkan diri anda dengan kajian atau ‘research’ mengenai tempat yang anda ingin pergi seperti contoh pertukaran wang tempatan, pengangkutan awam yang disediakan dan lokasi yang ingin dituju.

6. Tempat Penginapan Pilihan

Pilih lokasi penginapan yang selamat dan boleh mencipta pengalaman baru.

Semak lokasi, harga, dan ulasan penginap sebelum ini sebelum menempah tempat tinggal sementara semasa pengembaraan anda.

7. Maklumkan Pengembaraan Anda Pada Orang Terdekat

Pastikan anda memberitahu segala rancangan pengembaraan dan jika berasa sunyi sepanjang mengembara, hubungi mereka.

Selamat Mengembara!

Travel overseas tanpa vaksin
3 years ago

7 Negara Ini Terima Pelancong Tanpa Perlu Tunjuk Status Vaksin, Tapi Ada Syaratnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...