Kritikan Izreen mendapat kecaman yang hebat daripada peminat Amar yang mempersoalkan Izreen belum betul-betul layak untuk memberikan komen sebegitu sedangkan beliau juga belum cukup berpengalaman dalam bidang lakonan.
Malah Amar juga berkata tindakan Izreen untuk meluahkan pendapatnya itu secara umum adalah tidak wajar dan aktres itu boleh sahaja menghubungi beliau secara peribadi untuk memberikan komen.
Namun, menurut Izreen beliau hanya mengkritik sebagai penonton dan komennya itu tidak bersifat peribadi seperti yang dikatakan oleh orang ramai.
Tiada unsur peribadi pun dan Amar tidak perlu terasa dengan kritikan itu. Sebaliknya dia perlu menjadi lebih bersemangat untuk memperbaiki lakonannya kerana rasa tercabar dengan komen saya itu.
Dan dia tidak sepatutnya persoalkan kenapa saya tidak menghubunginya terus untuk memberi komen. Saya rasa macam tak logik pula setelah sekian lama tidak berhubung, tiba-tiba saya hubungi dia semata-mata mahu beri pandangan tentang lakonannya. Nombor telefon dia pun saya dah tak ada.
Buat Izreen, Amar sepatutnya tidak perlu terasa dengan komen beliau dan sebagai seorang artis beliau harus menerima setiap pendapat dengan lebih terbuka.
Sepatutnya dia perlu rasa tercabar dengan kritikan yang diberi untuk menjadi lebih bagus. Jangan bagi alasan teater itu adalah pementasan pertamanya. Saya pun pernah berlakon teater Tiga Ratu di mana ia adalah persembahan pentas sulung saya.
Tetapi saya memastikan untuk beraksi sehabis baik agar dapat memuastkan penonton yang menyaksikan lakonan saya. Jika saya boleh buat, kenapa tidak dia? Saya tahu dia mampu memberi lakonan yang lebih baik daripada apa yang saya saksikan pada teater itu.
Mungkin ada sesetengah orang lebih selesa untuk ditegur secara peribadi daripada di media sosial. Kalau di media sosial anggapan orang itu bermacam-macam dan ia boleh juga memberikan presepsi negatif terhadap seseorang artis itu.