Lakonan Amar Baharin Kurang Penghayatan – Izreen Azminda Kritik Lakonan Teater Amar Baharin

Hiburan

Lakonan Amar Baharin Kurang Penghayatan – Izreen Azminda Kritik Lakonan Teater Amar Baharin

Pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Dar Wijck adaptasi daripada karya Hamka mengisarkan percintaan yang menyayat hati anrata Haryati dan Zainuddin mempunyai peminatnya tersendiri.

Advertisement

Antara mereka yang sempat menyaksikan teater tersebut adalah artis Izreen Azminda dimana beliau ada memberi sedikit teguran dan kritikan terhadapan lakonan Amar Baharin sebagai Zainuddin yang dianggap tidak menghayati watak dengan baik.

Meluahkan kritikan terhadap Amar melalui Instagram, Izreen dihujani dengan pelbagai komen daripada peminat aktor itu yang tidak berpuas hati dengan komen pedas Izreen.

Walaubagaimanpun, Izreen menjelaskan luahan beliau itu tidak bersifat peribadi dan hanya memberikan pendapat sebagai seorang penonton.

Izreen juga memberitahu beliau tidak mahu menipu  dengan memuji seseorang itu meskipun mereka sebenarnya tidak mempunyai kualiti seperti yang diharapkan.

Apa saya tulis di Instagram itu sekadar pendapat sebagai penonton yang datang menyaksikan teater berkenaan. Mana saya rasakan bagus, saya puji begitu juga sebaliknya. Bukan saya seorang berpendapat sedemikian, malah ramai lagi.

Saya faham ramai peminat Amar kurang senang dengan status dan komen itu, tapi mereka perlu bersikap realistik. Saya percaya Amar boleh lakukan lebih baik lagi jika terus diberi peluang.

Chill, relaks anggap sahaja komen Izreen Azminda sebagai pembakar semangat untuk Amar Baharin memperbaiki lakonan beliau selepas ini. Jika kita puji orang itu bagus tetapi hakikatnya sebaliknya, sampai bila pun mereka tidak akan sedar akan kekuatan mereka. Buat apa nak jadi hipokrit?

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...