Pagi ini hangat diperkatakan di media sosial tentang status penyanyi Ainan Tasneem yang memviralkan tentang keengganan seorang pramugara Air Asia membantu mengangkat bagasi ke kompartmen atas kerusi kapal terbang.
Menurut Ainan, pramugara itu yang bernama Mohd Ridzwan menyatakan membantu mengangkat bagasi penumpang bukan tugasnya sebagai seorang pramugara. Kejadian itu berlaku apabila sepupu Ainan meminta pramugara itu membantu mengangkat bagasi tersebut dalam penerbangan dari Haadyai ke Kuala Lumpur
Tindakan Ainan menyebabkan dia menerima kritikan Netizen yang beranggapan dia seharusnya membuat aduan rasmi menggunakan saluran yang betul. Tambahan pula, pihak Air Asia pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang mengangkat bagasi penumpang bukan sebahagian dari skop kerja pembantu penerbangan, sambil menyatakan tugas sebenar seorang pembantu penerbangan.
Justeru, Ainan telah memuat naik satu status terbaru di Instagram untuk memberi penjelasan kepada Netizen tentang kapsyen asal yang ditulisnya.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Akan datang “Festival Nasi Ambeng 2016” di Homestay Banghuris, Sg. Pelek, Sepang, Selangor Pada 16 & 17 April 2016…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 7 March 2016
Masih ramai yang memberi reaksi tentang perkara ini di Instagram Ainan. Ada yang berkata Ainan tidak sepatutnya memvirakan perkara ini terlebih dahulu kerana ia membawa kesan yang buruk kepada Ainan dan juga pramugara tersebut. Bagaimanapun apa yang telah berlaku memang tidak dapat diubah lagi.
Mungkin kedua-dua belah pihak perlu bersikap lebih berhati-hati di masa hadapan supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi.