Kritik Cara Maryam You Narae Jalani Proses Pantang, Ini Reaksi Ernie Zakri

Hiburan

Kritik Cara Maryam You Narae Jalani Proses Pantang, Ini Reaksi Ernie Zakri

Sejak akhir-akhir ini, nama personaliti media sosial Maryam Younarae sering kali menjadi bualan hangat susulan ramai pihak yang mempertikaikan tentang caranya menjalani proses berpantang.

Ryzal DurianKimchi dan Maryam
2 years ago

'Post' Gambar Habis Marathon, Ryzal Dan Maryam Dikecam 'Makcik Bawang' Isu Pantang

Advertisement

Ada diantara mereka dikatakan kurang senang melihat Maryam kini sudah bebas menjalani rutin hariannya seperti biasa meskipun baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung pada Oktober lalu.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap kebanyakkan pasangan suami isteri muda zaman kini sudah tidak lagi mementingkan tentang fasa berpantang seperti orang dahulu.

Isu tersebut ternyata menerima pelbagai reaksi daripada ramai pihak dan antara yang turut memberikan reaksi berhubung isu tersebut adalah penyanyi, Ernie Zakrie.

Tapi.. dia kan Korean. Mana boleh dipaksa adat kita. Yang penting tubuh badan sihat, tahu la mereka jaga diri inshaAllah.

Perkara tersebut turut dikongsikan Ernie menerusi sebuah ciapan di laman Twitter miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya.

Menurut Ernie, setiap orang sepatutnya menghormati pendirian orang lain lebih-lebih lagi buat Maryam kerana dia merupakan wanita yang berasal daripada Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan.

Ernie Zakri & Maryam

Ujar Ernie lagi, setiap orang bebas untuk mengamalkan cara berpantang mereka sendiri asalkan kesihatan mereka tidak terjejas dan sentiasa dijaga.

Menjengah ke ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen turut menyuarakan pendapat yang sama dengan Ernie selain mereka juga turut berharap agar trend seperti itu dapat diubah pada masa akan datang.

Sekadar info, Maryam dan suaminya Ryzal Ibrahim telah mendirikan rumah tangga mereka pada Ogos 2019 dan telah pun dikurniakan cahaya mata sulung pada tanggal 21 Oktober lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...