“Kot Ye Pun Nak Menjual..” – Nad Zainal Kesal Dituduh Sudah Tak Sehaluan Dengan Ungku Ismail

Hiburan

“Kot Ye Pun Nak Menjual..” – Nad Zainal Kesal Dituduh Sudah Tak Sehaluan Dengan Ungku Ismail

Pelakon Nad Zainal meluahkan rasa kesal apabila ada individu tidak bertanggungjawab telah menjaja hal rumah tangganya dengan cara yang salah dan berbaur fitnah.

Ujar Nad, dia bimbang jika berita tidak benar itu bakal mengundang salah faham dalam kalangan peminatnya.

Advertisement

Difahamkan, sebuah ‘page’ Facebook ada mendakwa Nad sudah mula tak selesa dengan suami, Ungku Ismail dan turut ‘menyelit’ satu link promosi barangan jualan di bawahnya.

Kalau iya pun nak jual barang, tak perlu tulis macam ni. Dah netizen percaya, atau ada Nad Zainal lain.

Nad yang ini (merujuk dirinya) yang tulen, jaranglah nak buka mulut canang kisah rumah tangga. Penat sis tekan link, tapi rupanya suruh shopping, semoga bertaubat.

Perkongsian individu itu menurut Nad dibimbangi akan menimbulkan salah faham yang mungkin orang menganggap bahawa perkahwinan mereka sedang berdepan kemelut.

Manakala suami Nad, Ungku Ismail turut memberi respon dan meluahkan rasa kurang senang dengan cara promosi kotor seperti itu.

Kalau saya lagi menyampah ada la yang kuat fitnah, cerita buruk sangka, buat cerita ikut suka sebab nak tutup salah sendiri, menghasut orang.

Sekadar info, Nad dan Ungku Ismail telah mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu.

Nad Zainal hamil
10 months ago

"Ha, Nak Zoom Perut La Tu" - 'Baby Bump' Jelas Kelihatan, Peminat Teruja Nad Zainal Kini Hamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...