“Ha, Nak Zoom Perut La Tu” – ‘Baby Bump’ Jelas Kelihatan, Peminat Teruja Nad Zainal Kini Hamil

Hiburan

“Ha, Nak Zoom Perut La Tu” – ‘Baby Bump’ Jelas Kelihatan, Peminat Teruja Nad Zainal Kini Hamil

Pelakon Nad Zainal baru-baru ini ada berkongsi beberapa keping foto memaparkan dirinya seakan-akan mempunyai ‘baby bump’.

Dia yang tampil dengan busana ceria itu difahamkan sedang mempromosikan sebuah jenama produk makanan.

Advertisement

Malah, kapsyen foto yang dimuat isteri kepada Ungku Ismail itu juga seperti memberi ‘hint’ dia kini sedang sarat hamil.

Ha, nak zoom perut la tu.

Perut aktres itu yang sedikit besar daripada kebiasaan itu ternyata telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan rata-rata peminat mendoakan agar Nad benar-benar hamil.

Netizen juga tampil mengucapkan tahniah buat pasangan itu dan berharap agar urusan Nad Zainal dipermudahkan Allah S.W.T.

https://www.instagram.com/p/CuKE_5oynbT/

Terdahulu, Nad Zainal mengumumkan berita tergempar apabila dia telah bernikah dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.

Dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, Nad dan Faliq dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim,6, dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun.

Shuib ahli freemason?
10 months ago

"Semua Tahu Arwah Siti Sarah Dipaksa Untuk.." - Dituduh Ahli 'F' Konspirasi Vaksin, Shuib Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...