“Korang Yang Viral Jangan Kaitkan Saya” – Netizen ‘Flashback’ Gelaran Dewi Remaja Ditarik Balik, Haneesya Hanya Mampu Ketawa

Hiburan

“Korang Yang Viral Jangan Kaitkan Saya” – Netizen ‘Flashback’ Gelaran Dewi Remaja Ditarik Balik, Haneesya Hanya Mampu Ketawa

Tiba-tiba sahaja nama pelakon dan model, Haneesya Hanee menjadi bualan netizen gara-gara tindakan sesetengah netizen yang mengungkit kembali kisah lamanya ketika menyertai pertandingan Dewi Remaja sekitar empat tahun yang lalu.

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 32, berkata dia hanya mampu ketawa apabila perkara itu dibangkitkan semula apatah lagi nama selebriti lain turut dikaitkan dalam hal tersebut.

Advertisement

Aku ni dah lama tak buka twitter. Tiba-tiba dapat notification banyak masuk. Saya tak tahu apa yang berlaku tetapi apabila baca tentang kisah silam, saya akan gelak.

Haneesya membuat ciapan itu sebagai respon kepada netizen di aplikasi X yang membangkitkan kembali punca gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik.

Dalam ciapan asal, seorang individu meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui seorang selebriti popular yang namanya dikenali sehingga di Indonesia menjadi punca gelaran Dewi Remaja milik Haneesya Hanee ditarik balik.

Korang ni aku gelak pun salah. Segalam mak nenek kisah silam aku korang ungkit. Orang lain viral tolong jangan kaitkan dengan saya.

Terdahulu, Haneesya menjadi bualan hangat netizen ketika itu apabila sebuah video memaparkan beberapa peserta Dewi Remaja edisi itu berhibur di kelab malam dan memegan gelas minuman keras.

Susulan itu, Haneesya dikehendaki menyerahkan semula mahkota, trofi dan replika cek yang menjadi miliknya setelah dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2018/2019 menerusi satu sidang. media.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ameera khan ibu tinie
8 months ago

Ameera Khan Didakwa Berjudi Lumba Kuda Di Luar Negara, Mama Tinie Bengang - "Ini Sangat Biadab"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...