Ameera Khan Didakwa Berjudi Lumba Kuda Di Luar Negara, Mama Tinie Bengang – “Ini Sangat Biadab”

Hiburan

Ameera Khan Didakwa Berjudi Lumba Kuda Di Luar Negara, Mama Tinie Bengang – “Ini Sangat Biadab”

Sebelum ini, perkongsian pensohor media sosial dan juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan telah mencuri tumpuan warga maya gara-gara fotonya di trek lumba kuda dengan kapsyen mengundang kritikan warga maya.

Perkongsian Ameera itu kemudiannya dikongsi semula ke platform X sehingga ada pihak yang mensensasikan keberadaan wanita itu di trek lumba kuda itu seperti berjudi.

Advertisement

Ibu kepada Ameera, Noor Kartini tampil meluahkan rasa berang gara-gara foto anaknya dijadikan ‘headline’ untuk menjual barang oleh sebuah page di Facebook.

“Family tak tegur ke? Ameera pula kantoi berjudi, netizen nampak dia masuk” antara kapsyen sebelum page itu meletakkan link menjual barang.

Noor Kartini atau lebih mesra disapa sebagai Mama Tinie itu kemudian menyifatkan perkongsian itu sebagai sangat biadab kerana sanggup mengeluarkan kata fitnah terhadap anak-anaknya.

Ini sangat biadab, nak berniaga biarlah rezeki yang halal. Bukan sanggup fitnah macam ni.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang dan meminta ibu kepada personaliti Neelofa itu agar menyaman pengendali page Facebook berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada aputan di bawah.

Little miss khan
8 months ago

"Placed My Bets" - Ameera Khan Hadir Di Acara Lumba Kuda, Didakwa Berjudi Oleh Netizen?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...