“Korang Model Ke?” – Pelanggan Viralkan Baju Beli ‘Online’ Tak Capai ‘Expectation’, Michael Ang Suruh Cermin Diri Sendiri Dulu

Hiburan

“Korang Model Ke?” – Pelanggan Viralkan Baju Beli ‘Online’ Tak Capai ‘Expectation’, Michael Ang Suruh Cermin Diri Sendiri Dulu

Baru-baru ini kecoh tentang isu baju raya yang dibeli oleh pelanggan yang tidak sama dengan apa yang ditunjukkan di laman web. Rata-rata pelanggan berkongsi ketidakpuasan hati di media sosial tentang harga baju yang mahal dan kualiti yang rendah.

Berkenaan isu itu, pengarah tanah air, Michael Ang memberikan pendapat tentang perkara yang ‘viral’ tersebut. Menurut Michael, perkara itu tidak wajar untuk ditularkan.

Advertisement

Menerusi perkongsian beliau di Instagram, Michael berkata bahawa pelanggan perlulah bersikap ‘sedar diri’ dan tidak menyamakan diri dengan model di dalam gambar kerana itu salah satu cara pengiklanan.

Beliau juga berharap pelanggan-pelanggan yang membeli pakaian secara atas talian perlulah sedia menerima hakikat dan perlu berhenti mengutuk atau mem’viral’kan sesuatu yang tidak perlu.

Selain itu, beliau juga menerima jika ada yang mengecam pendapatnya. Menjengah ke ruangan komen Instagram, rata-rata netizen menyokong pendapat Michael dan berharap pelanggan yang suka membeli baju ‘online’ sedia menghadapi risiko.

Michael Ang
2 years ago

“Ingat Aku Kesah??” - Solat Pakai Kain Batik, Michael Ang Tak Peduli Dikritik Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...