December 14th, 2016

Gara-gara viralkan foto seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya, nama pelakon Fathia Latiff menjadi bualan ramai termasuk rakan artis yang kurang bersetuju dengan tindakannya itu.

Malah, Fathia dikecam teruk oleh netizen yang menganggap beliau “terlalu manja” dan menggunakan kuasa viral tanpa berfikir panjang tentang impaknya kepada kerjaya pramugari itu.

Setelah lama berdiam diri, Fathia menerusi BH PLUS telah tampil memberikan penjelasannya sendiri. Fathia memberitahu beliau tidak perlu untuk membuat permohonan maaf seperti yang diminta oleh orang ramai.

Saya tidak mengarah, tetapi meminta tolong secara baik. Namun jawapan yang diberi pramugari terbabit mengundang rasa panas dan terkejut di hati saya. Tiba-tiba status itu pantas dipanjangkan hingga menjadi viral. Dalam situasi itu, saya meletakkan diri ini sebagai manusia. Tidak ada maksud nak berlagak diva atau hanya disebabkan saya artis.

Namun tahap kesabaran saya ketika itu sudah tak mampu dibendung lagi. Saya benar-benar terkejut dengan reaksi pramugari tersebut. Isu ini bukan antara saya dan netizen sampai perlu dibuat permohonan maaf di laman sosial. Saya tak rasa perlu sampai begitu.

Pada masa yang sama, Fathia tidak mahu ambil pusing  dengan segala pandangan orang terhadap dirinya termasuk kritikan yang diberikan oleh rakan artis. Buat Fathia, orang boleh terus bercakap dan membuat kesimpulan mereka sendiri kerana tidak mengetahui situasi yang sebenar.

Sumber Berita : BH PLUS


Comments are closed.

Loading...