December 8th, 2016

Isu Fathia Latiff yang tidak puas hati dengan seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya  untuk dimasukkan ke dalam kompartmen atas didalam pesawat  dan memviralkan foto pramugari berkenaan bukan sahaja hangat diperkatakan dikalangan netizen, tetapi ia turut mencuri perhatian beberapa rakan artis yang pernah bekerja sebagai kru kabin penerbangan seperti Maria Tunku Sabri, Zarul Umbrella dan Karl Shafek.

Mereka kecewa dengan tindakan Fathia itu yang menyalahkan pramugari.

Maria Tunku Sabri yang pernah memegang jawatan Ketua Pramugari MAS  memberitahu, mengangkat beg penumpang tidak termasuk didalam skop kerja kru kabin. Malah, tiada keistimewaan yang diberikan kepada mana-mana selebriti ketika berada didalam penerbangan.

Tugas untuk membantu penumpang untuk angkat beg tiada dalam prosedur skop kerja kru penerbangan. Perkara itu dilakukan hanya atas budi bicara mereka sahaja dan saya percaya perkara-perkara itu ada ditulis dalam penerbangan. Mereka hanya memberi keutamaan kepada penumpang yang kurang berkemampuan seperti ibu yang ramai anak, orang tua dan orang yang berkerusi roda sahaja, jika sihat seseorang itu perlu melakukannya sendiri.

Penyanyi Zarul Umbrella pula berpendapat, jika beg yang dibawa agak berat dan tidak mampu untuk diangkat, lebih baik penumpang meletakkan beg berkenaan ke dalam tempat kargo (check in).

Zarul sebelum ini pernah berkhidmat dengan  beberapa penumpang VVIP dan mereka juga memahami tugas seorang kru kabin dengan baik serta tidak menimbulkan sebarang masalah.

Jika beg itu berat mereka sepatutnya check in sahaja dan hanya bawa beg yang ringgan supaya mudah untuk mereka membawa diri. Saya sendiri jika diminta angkat beg berat itu akan menolak secara baik dan minta tolong untuk mereka angkat sendiri beg berkenaan.

Ramai sahaja VVIP yang menggunakan khidmat saya, tapi mereka sendiri tahu tentang tugas kami, mereka selalunya minta pembantu untuk menganggat beg-beg yang dibawa. Pada saya tiada salahnya jika meminta pertolongan tersebut dengan cara yang lebih baik.

Bagi pengacara Karl Shafek, tindakan Fathia yang memviralkan foto pramugari berkenaan tidak wajar. Fathia juga tidak boleh menganggap semua kru penerbangan mengenali beliau sebagai seorang artis dan mahukan layanan istimewa.

Mereka kerja siang malam dan kadang-kadang tidak kenal pun artis-artis Malaysia yang ramai, jadi tidak perlu mengharapkan keistimewaan ketika berada di tempat awam. Saya kesal kerana dia muat naik gambar pramugari itu, perkara itu sendiri boleh memalukan pramugari berkenaan.

Apa yang dikatakan oleh rakan –rakan artis itu memang betul.  Bukannya tugasan pramugari untuk mengangkat beg tersebut. Lebih mudah untuk “check in” semua beg untuk mengelakkan sebarang masalah.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...