Written by AbangNara | December 3rd, 2013

Susulan gelaran “Datuk” yang diterima oleh penyanyi Indonesia, Rossa baru-baru ini, banyak pihak yang mempersoalkan kelayakan dirinya untuk menerima pangkat tersebut. Ada pihak menyatakan tiada sumbangan signifikan yang dilakukan oleh Rossa. Menariknya, Rossa melihat kritikan yang diterima itu sebagai satu cabaran buat dirinya.

datuk rossa

Abang Nara suka dengan pemikiran positif Rossa yang mahu berusaha keras untuk melayakkan dirinya di mata rakyat Malaysia. Kata Rossa kepada MalaysianDigest:-

Kalau soal layak atau tidak layak…, saya diberikan gelaran itu. Bukan saya yang minta. Jadi kita harus percaya pada Tuanku kerana pastinya bukan mudah untuk Tuanku berikan sesuatu apatahlagi saya ini bukan warganegara Malaysia. Jadi saya harus bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

Kalau ada yang kata saya tidak layak, mudah-mudahan satu hari nanti saya akan layak di mata mereka. Dan mungkin kata-kata mereka itu menandakan saya harus berusaha lebih lagi, ertinya harus bekerja lebih kuat untuk memberikan yang terbaik pada semua.

datuk rossa

Malah Rossa juga berharap dengan gelaran “Datuk” yang diterima olehnya, hubungan Malaysia dan Indonesia akan bertambah baik di masa hadapan. Tambah Rossa lagi:-

Kontroversi tu pasti ada. Mungkin kerana saya bukan warganegara Malaysia. Tapi saya tak mampu menolak rezeki dari Allah. Saya juga berharap gelaran ni akan mengeratkan lagi persahabatan antara dua negara, Indonesia dan Malaysia. Terima kasih saya pada Tuanku kerana memberi kepercayaan dan penghargaan ini. Mudah-mudahan di masa hadapan, saya boleh menyumbang sesuatu pada kerajaan negeri Pahang.

Saya akui gelaran ini bukan memudahkan tapi ia satu tanggungjawab yang amat berat. Malah teman-teman di Indonesia ada mengingatkan saya, gelaran ini dianggap bukan dari kerajaan Pahang kepada Rossa seorang saja tapi penghargaan dari sebuah kerajaan kepada negara lain. Saya ini hanya sebagai wakil dari Indonesia

Diakui sememangnya Rossa sering hadir ke Malaysia untuk membuat persembahan dan mempunyai banyak peminat di sini. Kemungkinan besar dengan gelaran “Datuk” ini, lebih ramai rakyat Indonesia akan mengetahui tentang Malaysia. Mungkin Rossa boleh mempromosikan Malaysia umumnya dan Pahang khasnya apabila pulang ke Indonesia kelak. Apa pun, tahniah buat Datuk Rossa dan semoga dengan gelaran ini, akan memudahkan lagi perkembangan karier seni anda.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 responses to Kontroversi Gelaran Datuk, Rossa Akan Kerja Keras Untuk Layak Menggunakannya

  1. rasso says:

    indon dpt gelaran dato???x layak langsung… apa jasa die kt msia ni??? pegi blik indon la bawa kaum kerabat ko skali yg menyusahkn org je..byk buat jenayah..geram aku..

  2. Anonymous says:

    artis kite susah nk masuk pasaran indonesia, senang2 je artis diaorg masuk sini dan mendapat gelaran tertinggi, seniman atau pertubuhan artis kite xkn diam je..

  3. boko says:

    jantan melisiya memang giler sangat dgn BIBIK2 Indon ni semua. Yg aku tau dah selalu dengar bibik2 indon kata :- Jantan melisiya amat BODOH sekali -kotekeras dgn apa2 aje yg namanya betina – senang di permainkan desperado semuak. Golek2 sikit duit sudah keluar dari poket Mas.

    Hmmm….. bagus lah padan/cocok sekali ppuan murahan dgn lelaki buas low class. Yg dah kawen jadi bini no 2/3/4 bila lagi best- bila si mamat tak ada dia pon syok main jantan lain ke awek dia dari Indon….. dah COMMON sangat ……si suami dah jadi PELANDUK (CUCKOLD)……HHAHAHAH…padan muka..HAHAHAH. …clap..clap..clap…

  4. leo says:

    Maaf ckap, dato’ or datuk kt Malaysia ni x de value dah… tak mcm dulu2 mmg di beri pada yang berjasa. Skrang ni ikut sapa ‘depa’ suka jer. Takde value lansung mcm ‘SIR’ kt hollywood.. not simply given to anyone. Mmg tak la nk respek kt org yg title2 simply given ni… haktuiii

    • Anonymous says:

      Gelaran ‘SIR’ rasanya diberi oleh Ratu England. Biasanya rakyat Britain yg dapat gelaran SIR. Bukan artis hollywood dari Amerika.

  5. malaysiaku says:

    rossa.. 1) knp lagu melayu n artis melayu susah dpt tempat di indonesia. tak mcm artis indonesia yg sng sgt dpt tempat di malaysia? 2) tlg ajar cikit rakyat2 indonesia yg kurang ajar kat malaysia nie. ramai yg x tau adab, suka gaduh sana sini. seolah2 malaysia nie mrk yg punya sdgkn ini negara kami.

  6. Mirai Suenaga says:

    kang tak lama lagi si Tegar pun dapat Datuk.
    …aku yang dulu bukanlah yang sekarang!…

  7. kisya says:

    Setuju dgn semua pendapat especially Nok, kenang la jasa pahlawan negara yg ada dan yg telah pergi, hargai dan raikanlah jasa bakti mereka tak kiralah di darat, udara atau lautan. Itu yang diwar warkan dapat title Dato’, belum lagi gengster, tokey judi, tokey along and macam macam lagi yang dapat dato’ (kalau ada malulah). Tolonglah berpada pada beri gelaran dan bersungguh sungguhlah menerajui amanat yang diberikan, tegakkan agama, sayangi bangsa dan daulatkan adat resam dan budaya. Dengarlah nasihat selagi masih diberi tempat.

  8. dato wannabe says:

    si khairi menantu pak lah dah sejak join umno sampai la jadi menteri xdapat2 lg title dato ni.
    agak pelik di situ.

  9. nana says:

    Jangan lah diagung2kan artis luar…sampai artis malaysia sendiri terpaksa bersaing hebat mencari makan di tanah air sendiri…bukannya banyak lagu2 kita diperdendangkan di negara diorang pun. Tapi kat Malaysia Diceruk2 kampung pun boleh dengar lagu artis luar lagi2 lagu indon. Tak salah nak bawa masuk artis luar tapi berpada2 la. Nie satu lagi bab gelaran datuk nie.. sumbangan apa yang besar sgt smp diorg dpt datuk? Sedangkan dekat negara diorang sendiri pun tak dapat gelaran. Klu setakat masukan malaysia kat dalam drama/filem pun boleh dapat gelaran. Knp diorg yg selalu shooting kat amerika/paris or etc tak dpt pun gelaran dr negara2 tersebut. Nie Ibrahim pendek berlakon kat hollywood lagi tak dapat pun gelaran yang hebat.. nie ada setengah artis malaysia dah meninggal baru dapat gelaran… renung2kn nasib artis malaysia sendiri baru renung nasib artis luar.

  10. […] Kontroversi Gelaran Datuk, Rossa Akan Kerja Keras Untuk Layak Menggunakannya (64) […]

  11. […] Kontroversi Gelaran Datuk, Rossa Akan Kerja Keras Untuk Layak Menggunakannya (64) […]