Kontroversi Demi Kontroversi, Christy Ng Buat Perangai Lagi!!!

Hiburan

Kontroversi Demi Kontroversi, Christy Ng Buat Perangai Lagi!!!

Jenama Christy Ng di kalangan pencinta kasut sememangnya cukup popular. Dari hari ke hari, kepopularitian jenama tempatan ini semakin mencanak naik, lebih-lebih lagi selepas kolaborasinya bersama Yunalis Zarai menerusi koleksi Yuna x Christy Ng.

Advertisement

Namun begitu, selepas kian dikenali ramai , nama Christy Ng turut tidak terlepas daripada terpalit beberapa kontroversi PANAS. Antaranya seperti:-

1. Bayar gaji ciput

Bab gaji bukanlah satu perkara mudah untuk ditentukan, lebih-lebih untuk sebuah syarikat besar seperti Christy Ng yang mempunyai puluhan pekerja. Antara rungutan dan kritikan yang pernah diterima olehnya ialah gaji yang diberikan adalah terlalu sedikit berbanding dengan kerja yang harus dilakukan. Entah betul atau tidak, kenalah try minta kerja di Christy Ng terlebih dulu kan?

2. Buang intern sesuka hati

Sudah tentu sebagai sebuah syarikat besar, Christy Ng turut menyediakan ruang untuk para pelajar university melakukan “internship” ataupun latihan praktikal. Tahun lalu, seorang intern telah tampil mendakwa Christy Ng membuangnya tanpa sebarang sebab dengan tidak memberikan notis. Memang kecoh dibuatnya, lebih-lebih lagi apabila “intern” itu adalah seorang gadis Melayu. Memang kaw-kaw Christy Ng dikutuk macam-macam menyebabkan pihaknya terpaksa tampil menceritakan keadaan sebenar. Rupa-rupanya “intern” tersebut telah ditangkap secara terang-terangan menerusi CCTV menyonglap duit syarikat.

3. Keras kepala, pemarah dan tidak berhati perut

shopee

Tidak cukup dengan kontroversi-kontroversi di atas, nama Christy Ng turut tercemar di laman sosial selepas ada bekas pekerja mendakwa sikapnya yang pemarah, keras kepala dan tidak berhati perut. Menurut si penulis surat layang tersebut, Christy Ng seorang yang suka memaki hamun para pekerjanya tanpa sebarang sebab. Kadangkala sampai menangis dibuatnya. Namun ternyata dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata, sebaliknya bekas pekerja tersebut cuba membalas dendam akibat diberhentikan kerja kerana masalah displin.

4. Suka buat SALE kaw-kaw

e4727e14-b549-42c1-ad89-419f90e99394
Last but not least, satu-satunya kontroversi positif yang menyebabkan Christy Ng digemari ramai ialah selalu buat SALE yang memberikan diskaun kaw-kaw untuk para penyokong setianya. Terbaru, selepas 2 tahun, Christy Ng bakal menganjurkan jualan gudang bermula 1 Mac – 3 Mac yang menawarkan diskaun sehingga 80%.

Bertempat di gudang baru syarikatnya seperti alamat di atas (anda boleh Waze Malaysia Kini), para pencinta kasut boleh mendapatkan kasut idaman mereka pada harga serendah RM39. Selain itu turut dijual ialah kasut yang masih boleh digunakan namun ada sedikit kerosakan pada harga RM19 sahaja. Jualan gudang ini akan bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Namun nasihat Abang Nara, silalah datang seawal yang mungkin sebab confirm ramai gila orang yang akan SERBU. Tengok gambar pun dah dapat bayangkan betapa sesaknya kelak. Silap-silap sampai panjat pagar!!!

Jadi tunggu apa lagi? Pastikan korang kosongkan jadual pada 1 Mac sehingga 3 Mac ini untuk mendapatkan kasut Christy Ng idaman anda pada harga murah KAW-KAW. Kalau terlepas peluang ini, memang boleh menangis dibuatnya. Maklumat lanjut layari www.christyng.com atau Facebook Christy Ng. Selamat bershopping sakan!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...