Kontroversi Acara Tidak Senonoh : Safiey Illias Tampil Mohon Maaf
Hiburan. Diterbitkan 17 Jul 2018 11:29 am .
oleh AbangNara
Menimbulkan kontroversi apabila menampilkan acara tidak senonoh dalam majlis rumah terbukanya yang dihadiri oleh pelajar tahfiz dan anak yatim, jutawan kosmetik Safiey Illias tampill membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun Instagramnya.
Advertisement
Safiey tidak mahu masyarakat terus salah faham dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapannya dan mencemarkan imej agama Islam.
Dia menerima segala teguran dan kritikan dengan hati yang terbuka dan akan cuba untuk berubah ke arah kebaikan.