Kontrak Bersama Hot FM Tamat, Fizie Dirisik Beberapa Stesen Radio

Hiburan

Kontrak Bersama Hot FM Tamat, Fizie Dirisik Beberapa Stesen Radio

Pengacara, Fizie mengakui dirinya dirisik beberapa stesen radio selepas membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan stesen radio Hot FM pada Julai lalu.

Fizie atau nama sebenarnya Mohamad Hafizie Roslan berkata, dia bagaimanapun belum membuat sebarang keputusan untuk terbabit dengan mana-mana stesen radio buat masa ini.

Advertisement

Menurut Fizie, 33, dia tidak menjangka selepas kontrak bersama Hot FM tamat, dia dihubungi oleh beberapa pihak yang menawarkan posisi sama di stesen radio mereka.

Ikutkan hati memang nak terima saja tawaran yang datang sebab saya memang ada terdetik nak beralih angin dan cuba bawa pembaharuan baru.

Bagaimanapun, Fizie terpaksa menolak tawaran tersebut dan memilih untuk berehat seketika bagi memberi fokus kepada perniagaannya yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menurut Fizie, selepas hampir lima bulan meninggalkan kerjaya penyampai radio dia mengakui rindu untuk kembali beraksi dan menghiburkan pendengar.

Fizie akui kerjaya ini memang sudah sebati dalam hidupnya. Walaupun banyak perniagaan yang diusahakan tetapi dia masih tidak boleh tinggalkan kerjaya penyampai radio.

Baca: Fizie Dedah Terpaksa Tutup Dua Syarikat, Alami Kerugian Besar Akibat PKP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...