Fizie Dedah Terpaksa Tutup Dua Syarikat, Alami Kerugian Besar Akibat PKP

Hiburan

Fizie Dedah Terpaksa Tutup Dua Syarikat, Alami Kerugian Besar Akibat PKP

Pengacara, Fizie terpaksa berdepan kerugian ratusan ribu ringgit apabila dua syarikat miliknya tidak dapat menjana pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Riena Diana
6 bulan lalu

Hanya Lima Bulan Bergelar DJ Radio, Riena Diana Syukur Masih Ada Rezeki Di Hot FM

Advertisement

Menurut Fizie, dia kehilangan banyak projek sehingga terpaksa menutup perniagaannya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kerajaan tahun lalu.

Salah satu sebab saya mengambil keputusan untuk tinggalkan dunia penyiaran radio Julai lalu kerana ingin memberi fokus kepada bisnes pembinaan dan pengurusan acara yang terjejas teruk.

Fizie memberitahu yang dia juga terpaksa berhentikan seramai 40 orang pekerja selain menutup dua syarikat yang diusahakannya lebih 14 tahun disebabkan tiada projek akibat pandemik Covid-19.

Advertisement

Namun begitu, Fizie menganggap apa yang berlaku tersebut adalah dugaan untuk dirinya dan dia enggan menoleh ke belakang sebaliknya ingin terus bangkit dan melakukan perniagaan baru untuk meneruskan kehidupan.

Tambah Fizie, tahun hadapan dia bakal membuka perniagaan yang menyediakan perkhidmatan cuci motorsikal menggunakan mesin automatik di Meru, Klang.

Fizie

Fizie turut memaklumkan yang dia mengambil keputusan untuk membuka perniagaan tersebut kerana dilihatnya tidak banyak kedai cuci kenderaan yang mengambil upah cuci motorsikal kerana prosesnya mengambil masa yang lama.

Disebabkan itu, Fizie telah berusaha untuk mencipta satu mesin yang boleh mencuci motorsikal sambil menjimatkan masa kerana satu motorsikal boleh dicuci lengkap lebih kurang lima minit sahaja.

Bukan itu sahaja, Fizie turut memberitahu yang dia juga kini sedang fokus dengan perniagaan cat kereta yang diusahakan di Puchong.

Ujar Fizie lagi, dia bersyukur kerana masih boleh meneruskan kehidupan dengan perniagaan kecil tersebut selain menjadi pengacara di Didik TV.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...