Hanya Lima Bulan Bergelar DJ Radio, Riena Diana Syukur Masih Ada Rezeki Di Hot FM

Hiburan

Hanya Lima Bulan Bergelar DJ Radio, Riena Diana Syukur Masih Ada Rezeki Di Hot FM

Meskipun masih baru memegang jawatan penyampai radio di Hot FM, pelakon Riena Diana menarik nafas lega apabila dia masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan karier di stesen berkenaan.

riena diana
3 years ago

'Bukan Saya Yang Kahwin..' - Netizen Salah Faham Riena Diana Sudah Kahwin

Advertisement

Dia yang pada mulanya skeptikal dan merasakan pengalaman lima bulan sebagai DJ itu sebagai salah satu alasan kukuh untuk namanya digugurkan, Riena walau bagaimanapun bersyukur apabila rezeki masih lagi berpihak padanya

View this post on Instagram

A post shared by Riena Diana (@rienadiana_)

Sebelum mereka umumkan tu saya macam gelabah juga, tak tahu pergi mana dan mungkin kontrak saya akan dibatalkan. Ya Allah saya ni dah baru dan pengalaman pun tak ada. Terfikir juga kenapa mereka perlu kekalkan saya. Tapi Alhamdullilah akhirnya mereka nak terus kekalkan saya.

Terdahulu, pihak pengurusan radio Media Prima ada melakukan rombakan secara besar-besaran termasuklah penamatan kontrak beberapa penyampai senior dan sedia ada.

View this post on Instagram

A post shared by Riena Diana (@rienadiana_)

Antara nama-nama yang meninggalkan stesen radio tersebut adalah Deen, Fizie dan Mark Adam.

Untuk rekod, Riena memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio Hot FM pada awal Februari yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...