Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi popular Naim Daniel telah memberitahu orang ramai bahawa dirinya sudah pun membeli sebuah rumah di Semenyih, Selangor.
Rumah yang dibeli oleh hasil titik peluh Naim sendiri dalam bidang seni ini, membuat dirinya berasa teruja dan tidak sabar untuk menghiasi rumah itu dan tema minimalis menjadi pilihan hati pelakon tersebut.
Ketika sesi temubual bersama mStar, Naim berkata,
Saya beli rumah showroom jadi semua perabot dah ada, cuma saya kena top up dengan barangan keperluan rumah seperti pinggan mangkuk dan hanya perlu bawak masuk baju sahaja.
Memang dari dulu lagi suka konsep minimalis… tak suka rumah banyak sangat barang.
Penyanyi lagu Sumpah itu membuat pembelian rumah tersebut pada awal tahun dan rata-rata ramainya yang kagum dengan pencapaian yang telah dikecapi olehnya ketika berumur 23 tahun.