Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Rumah Dah Ada, Isteri Ja Belum Ada..” Naim Daniel Tak Tergesa-Gesa Cari Calon Isteri

Naim Daniel

Penyanyi dan pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Naim Daniel,24, mengakui dirinya tidak tergesa-gesa untuk mencari kekasih bagi mengisi kekosongan di dalam hati.

Ujar Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Bahrin ini lagi, dia juga tidak terguris hati apabila menerima banyak soalan berkaitan jodoh dan bilakah ingin mendirikan rumah tangga daripada media dan peminat.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Malah, dia sendiri tertanya-tanya bilakah dirinya akan bertemu jodoh kerana sangat sibuk dengan kerja dan kerjayanya sebagai pelakon dan juga penyanyi.

Namun, di sebalik kegusaran mengenai soal teman wanita, Naim ada memaklumkan bahawa dia menerima sebuah berita gembira, baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

Advertisement

“Macam mana nak ke arah itu, kalau asyik sibuk dengan kerja saja. Baru minggu lepas, ada satu berita gembira. Rumah yang saya beli di Semenyih, Selangor, sudah boleh masuk. Ada yang usik, saya ini dah ada semuanya tapi calon isteri sahaja belum ada lagi.”

Penyanyi lagu Purnama itu ditemui baru-baru ini ketika majlis sidang media filem Siapa Tutup Lampu yang diadakan di ibu kota pada Khamis lalu.

Ujarnya lagi, ibu-bapanya juga tidak pernah memaksa dirinya untuk berkahwin namun lebih menyokongnya untuk terus bekerja mencari duit.

View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“Pelik juga mereka tak suruh. Ibu saya pula, lebih cenderung suruh saya kerja daripada berkahwin. Saya tak kisah pun sebab bolehlah berbakti pada mereka sebaiknya dahulu..” kata Naim lagi.

Terdahulu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita seperti Sasha Abedul, Bunga Isme dan juga terbaru, Iman Troye.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    April 28, 2021 at 8:27 am

    better than aiman tinoo. sanggup lupe keluarga demi kekasihh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama