“Kononnya KLCC ‘View'” – Tular Bilik Sewa Di Cheras Harga RM300, Netizen Cakap Dah Macam Ikut Saiz Kubur

Trending

“Kononnya KLCC ‘View'” – Tular Bilik Sewa Di Cheras Harga RM300, Netizen Cakap Dah Macam Ikut Saiz Kubur

Realiti hidup di bandar Kuala Lumpur ini sememangnya perit kerana boleh dikatakan semuanya mahal terutamanya sewa rumah.

Harga bagi bilik sewa juga boleh tahan tinggi membuatkan ramai individu yang merantau terpaksa hidup dalam suasana tidak menyenangkan.

Advertisement

Seperti perkongsian seorang wanita ini yang tular di Twitter, menunjukkan sebuah bilik sewa yang terletak di Taman Maluri, Cheras.

Gambar itu mendapat perhatian ramai warganet kerana saiznya terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan harga sewa ditetapkan iaitu RM300.

 

Jelasnya, tuan rumah juga turut berkata kelebihan bilik itu adalah berdekatan dengan LRT, pusat beli belah Pavilion serta KLCC ‘view’.

Ramai netizen memberikan reaksi dan komen masing-masing di mana rata-ratanya sangat terkejut dengan bilik sewa sekecil itu dan harga sewanya yang ‘mencekik darah’.

Selain itu, ramai turut menunjukkan bilik sewa mereka, ada yang sempat meletakkan iklan untuk mencari ‘roomate’ serta segelintir dilihat mencadangkan bilik atau rumah sewa yang lebih berbaloi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ppr berkereta mewah
3 years ago

“Kereta Mewah Tapi..” - Penduduk PPR DBKL 'Buat Dek' Tak Bayar Sewa, Tinggal Percuma Hampir 10 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...