“Kereta Mewah Tapi..” – Penduduk PPR DBKL ‘Buat Dek’ Tak Bayar Sewa, Tinggal Percuma Hampir 10 Tahun

Berita

“Kereta Mewah Tapi..” – Penduduk PPR DBKL ‘Buat Dek’ Tak Bayar Sewa, Tinggal Percuma Hampir 10 Tahun

Lapor Harian Metro, kebanyakan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa telah tinggal secara ‘percuma’ selama lebih sedekad kerana keengganan mereka untuk membayar sewa bulanan.

Lebih memalukan apabila penduduk yang tinggal di perumahan kos rendah ini terdiri daripada mereka yang bekerja tetap, bergaji besar, malah memiliki kenderaan mewah.

Advertisement
PPR DBKLSumber : The Malaysia Reserve  

Namun, mereka ini lebih memilih untuk ‘buat dek’ dan tanpa rasa bersalah tidak mahu membayar sewa bulanan yang hanya serendah RM124 dan RM240 sebulan.

Berikutan itu, mereka yang ‘liat’ dan culas untuk membayar sewa bulanan itu telah mengumpul ‘hutang sewa’ sehingga mencecah RM50 juta.

Ada juga yang sengaja tidak mahu membayar sehingga menjangkau tempoh 12 tahun!

Advertisement

Menurut jurucakap DBKL, masalah itu memang sudah berlanjutan sejak sekian lama, bukan sahaja bermula semenjak COVID-19 melanda dunia di mana kebanyakan penduduk memberi alasan wabak itu sebagai punca utama kenapa mereka tidak dapat membayar sewa bulanan.

Melalui semakan, penyewa bermasalah ini gagal membayar tunggakan sewa bulanan antara 8 hingga 12 tahun sejak tinggal di PPR berkenaan.

Walaupun menyedari masalah berlarutan ini, DBKL masih mengambil sikap diplomasi dan berusaha memastikan penyewa menunaikan tanggungjawab.

Sehubungan dengan itu, DBKL juga mengambil alternatif lain seperti berkerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan mengaktif mekanisme pembaharuan perjanjian kontrak sewa selama dua tahun bagi meningkatkan kesedaran penyewa yang ‘culas’ ini untuk membayar sewa rumah masing-masing.

Data JPN bocor dan dijual
1 bulan lalu

“JPN Kena Jawab” - Data Peribadi Rakyat Malaysia Didakwa ‘Bocor’, Dijual Pada Harga RM43k?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    May 20, 2022 at 11:04 am

    yg duduk tu menyewa ramai. owner asal dah ddk kampung atau dgn anak. makan untunggg. haha

  2. Anonymous

    May 18, 2022 at 1:29 pm

    patutnya yg layak bayar cukai tu xlayak duduk ppr dblk

  3. Anonymous

    May 18, 2022 at 1:27 pm

    come on la….ramai lagi yg kategori miskin tegar and b40 yg lebih layak kot…halau jela org yg terlebih mampu ni….xmalu ke amek hak org yg lebih memerlukan

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...