Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah ada memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram menyambut ulang tahun kelahiran anak lelakinya, Syaikhul Islam dan bapa mentua, Datuk Yusof Haslam.
Perkongsiaan tersebut telah meraih perhatian, lagi-lagi kelibat anak kandung Yusof Haslam iaitu Syamsul Yusof langsung tidak kelihatan di majlis tersebut biarpun itu adalah sambutan hari jadi bapa serta anaknya sendiri.
View this post on Instagram
Dapat dilihat dalam foto tersebut, Sarah gembira menyambut hari kelahiran kedua-dua jejaka yang sering berada di sampingnya semasa melalui pelbagai ujian sejak kebelakangan ini.
Bukan itu saja, keakraban yang dipamparkan juga membuatkan netizen persoal keberadaan Syamsul yang tidak hadir ke majlis tersebut walaupun dia merupakan anak kandung Yusof Haslam serta Datin Patimah.
Dalam pada masa yang sama, netizen turut sempat menyindir isteri kedua pengarah tersebut iaitu Ira Kazar dengan berkata dirinya tak akan dapat mengganti tempat Sarah sebagai menantu kesayangan Yusof Haslam serta Patimah.
Sekadar info, Syamsul Yusof enggan menceraikan Puteri Sarah atas sebab pelakon itu enggan menarik saman terhadap Ira serta soal nafkah anak-anak yang didakwa terlalu tinggi.