“Bertahun Dia Menunggu Kepulangan Suami” – Datin Patimah Dedah Kesetiaan Puteri Sarah

Hiburan

“Bertahun Dia Menunggu Kepulangan Suami” – Datin Patimah Dedah Kesetiaan Puteri Sarah

Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail telah berkongsi kisah kesetiaan menantunya, Puteri Sarah Liyana.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Patimah memaklumkan Sarah telah mempertahankan rumah tangganya sebelum mengambil keputusan untuk berundur diri.

Advertisement

Bagaimanapun, isteri kepada Yusof Haslam itu memahami keputusan yang diambil oleh menantunya itu selepas Syamsul memilih untuk menikahi wanita yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

Bertahun Puteri Sarah menunggu kepulangan suami, malah boleh tunggu lebih lama, namun bila suami memilih wanita lain, dia pasti mengundur diri.

Bukan itu sahaja, hantaran tersebut turut disertakan dengan lagu Kepada Hati nyanyian penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

Terdahulu, Syamsul membatalkan hasrat untuk melafazkan talak terhadap Sarah selepas isteri pertamanya itu enggan menarik semula kes saman terhadap keluarga madunya, Ira Kazar.

Namun, Sarah tetap dengan pendiriannya dan menegaskan bahawa dia tidak akan menarik semula saman tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ND lala kazar saisi, ira kaza, syamsul yusof
1 year ago

(VIDEO) "Rajin Syamsul Basuh Pinggan.." - ND Lala Ziarah Beraya Rumah Kazar Saisi, Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...