Konon ‘Tak Dijemput’ Di Ke Majlis Perkahwinan Kim Jongkook, Lee Kwangsoo Beri Respon – “Saya Dijemput Tapi..”

Hiburan

Konon ‘Tak Dijemput’ Di Ke Majlis Perkahwinan Kim Jongkook, Lee Kwangsoo Beri Respon – “Saya Dijemput Tapi..”

Pelakon Lee Kwang-soo disahkan menerima jemputan ke majlis perkahwinan rakan baiknya, penyanyi Kim Jong-kook, namun tidak dapat hadir kerana komitmen kerja di luar negara.

Menurut laporan Star News pada 15 September 2025, majlis perkahwinan Kim Jong-kook berlangsung pada 5 September di sebuah hotel di Gangnam, Seoul. Lee Kwang-soo ketika itu berada di Vietnam bagi mempromosikan filem terbaharunya, ‘Love Barista’, yang bakal ditayangkan Oktober ini.

Advertisement

lee kwangsoo kim jongkook gaduh

Terdahulu, Kim Jong-kook mendedahkan senarai tetamu melalui saluran YouTube miliknya, ‘Gym Jong Kook’. Majlis itu diadakan secara tertutup dengan kira-kira 100 tetamu hadir termasuk rakan-rakan Running Man iaitu Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin, Song Ji-hyo dan Yang Se-chan. Namun, ketiadaan Kwang-soo menimbulkan spekulasi bahawa dia mungkin tidak dijemput.

Bagaimanapun, ia kemudian diperjelaskan bahawa Kwang-soo sebenarnya dijemput tetapi tidak dapat hadir kerana jadual promosinya bertembung dengan tarikh perkahwinan. Majlis turut dikendalikan Yoo Jae-suk, manakala Kim Jong-kook sendiri menghadiahkan nyanyian lagu hitnya ‘Lovable’ sebagai persembahan khas buat isterinya.

lee kwangsoo kim jongkook gaduh
2025-09-13 14:10:17

Lee Kwangsoo Tak Dijemput Ke Majlis Perkahwinan Kim Jongkook, Tapi Kenapa? - "Gaduh Ke.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Star News