Lee Kwangsoo Tak Dijemput Ke Majlis Perkahwinan Kim Jongkook, Tapi Kenapa? – “Gaduh Ke..”

Korea

Lee Kwangsoo Tak Dijemput Ke Majlis Perkahwinan Kim Jongkook, Tapi Kenapa? – “Gaduh Ke..”

Pada 5 September 2025, penyanyi Kim Jong-kook telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama wanita bukan selebriti.

Majlis tersebut diadakan secara sederhana dengan jemputan terhad hanya kepada rakan-rakan rapat, termasuk ahli ‘Running Man’ dan teman senamannya.

Advertisement

kim jongkook tak ajak lee kwangsoo

Namun, dalam video YouTube terbaharu Kim Jong-kook yang memaparkan kompilasi pengumuman perkahwinannya, kelibat Lee Kwang-soo tidak kelihatan meskipun kedua-duanya diketahui mempunyai hubungan rapat.

Menjawab persoalan itu, wakil Kim Jong-kook menjelaskan bahawa Lee Kwang-soo ketika itu berada di Vietnam untuk mempromosikan filem terbaharunya, ‘Love Barista’, dan hanya mengetahui tentang majlis perkahwinan selepas selesai jadual promosinya.

kim jongkook ada anak
2025-09-13 10:33:20

"Kehadiran Satu Keberkatan" - Kim Jongkook Kahwin Tergesa-Gesa Kerana Bakal Timang Anak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Newsen