Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim baru-baru ini telah membawa isterinya, Maryam pulang ke kampung halaman di Korea selepas sudah lama tidak jejak kesana.
Menerusi hantaran di Instagram, mereka sekeluarga dilihat begitu teruja apabila sampai di rumah keluarga Maryam.
Malah, Maryam turut dilihat teruja untuk memasak makanan korea dan memaklumkan bahan yang digunakan semuanya halal.
Assalammualaikum semua, hari ini Maryam nak masak makanan korea tapi ini halal.
Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah apabila rata-ratanya ternampak seekor anjing di dalam rumah tersebut.
Menjengah di ruangan komen, pengguna media sosial telah menegur pasangan selebriti itu tentang hukum membela anjing memandangkan mereka berdua beragama Islam.
Namun, ada juga segelintir pihak yang memahami bahawa rumah itu merupakan rumah yang dimiliki oleh keluarga Maryam dan mereka bukan beragama Islam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.