Alami ‘Postpartum Depression’, Diana Danielle Dedah Dengar Suara Bisikan – “Lepaskan Je Baby Ke Lantai”

Hiburan

Alami ‘Postpartum Depression’, Diana Danielle Dedah Dengar Suara Bisikan – “Lepaskan Je Baby Ke Lantai”

Pelakon, Diana Danielle mendedahkan dia pernah mengalami simptom ‘postpartum depression’ selepas melahirkan anak sulungnya, Muhammad.

Menurut pelakon kelahiran Houston, Texas itu, ramai yang telah memberi pesanan kepadanya untuk bersedia, namun mengakui tidak pasti dari segi apa yang perlu ‘bersedia’.

Advertisement

Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson berkata dia mula sedar apabila sewaktu sedang mendukung anaknya dan terdengar suara bisikan di dalam kepala.

Masa nak dodoikan dia, tiba-tiba dalam kepala saya ada suara berbisik suruh lepaskan saja anak saya. Bayi yang baru lahir seminggu lepas disuruh lepaskan macam tu saja jatuh ke lantai.

Suara tu berbisik kata ‘tak apa lepaskan je, awak penat.. Pergi tidur’. Ya Allah, pengalaman itu sangat gila.

Bagaiamnapun, Diana memaklumkan dia berasa lega kerana mampu melawan suara bisikan tersebut dengan mengikut logik akal fikiran.

Saya tahu masa itu saya tak sihat, dan sangat lain. Saya terus duduk sebab kalau terlepas, anak saya akan jatuh ke atas riba saya dan bukan lantai.

Bukan itu sahaja, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu berkata kebanyakan wanita yang sedang berpantang bukan sengaja untuk ‘meroyan’, sebaliknya keadaan itu kadang-kala disebabkan oleh beberapa faktor sepeti hormon, penat, tidak cukup tidur dan tidak cukup perhatian.

Tapi Alhamdulillah, semuanya telah berlalu. Ye saya nakkan sebuah keluarga dan anak-anak ramai, tapi tak ada siapa bagitahu saya bagaimana sulitnya untuk membesarkan anak-anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dai Syed Hana mesra
1 year ago

"Terpaling Kahwin" - Ramai Dah Rasa Meluat, Netizen 'Suggest' Da’i Syed Kurangkan Video Mesra Dengan Isteri Di IG

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...