Kekasih kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah sekali lagi mencuri perhatian orang ramai selepas dikatakan mempunyai suara seakan-akan allahyarhamah Siti Sarah.
Menerusi hantaran di laman TikTok, Watie dilihat sedang menyaksikan video anak-anak kepada pelawak berusia 38 tahun itu bermain Lato-Lato.
Menurut usahawan itu, dia juga akhirnya terjebak dengan permainan kanak-kanak tersebut selepas diajar oleh mereka.
Dengan saya sekali terjebak, nak tengok Watie main? Tengok eh. Aunty pun terjebak sama, anak-anak ajar.
@berryfullhq Janganlah kita menilai orang dari luaran? #watiehanifiah #shuibsepahtu #fyp #berryfull #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan suara dan cara percakapan Watie sama seperti arwah Sarah.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang memuji perwatakan Watie yang dianggap lemah lembut dan baik dengan anak-anak arwah.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 776.9K tontonan, 21.4K tanda suka dan 190 komen di laman TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.