“Tipu Tak Sayang..” – ‘Panic Attack’ Tengok Video Hafidz Roshdi Curang, Shuhada Tak Sangka Kesudahan Perkahwinan Perit

Hiburan

“Tipu Tak Sayang..” – ‘Panic Attack’ Tengok Video Hafidz Roshdi Curang, Shuhada Tak Sangka Kesudahan Perkahwinan Perit

Kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada mula menjadi perhatian setelah pelakon tersebut ‘kantoi’ mempunyai orang ketiga iaitu Athira Yuhada.

Baru-baru ini, pihak Melodi sekali lagi menemubual Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu untuk bertanyakan perasaan sewaktu mengetahui suami berlaku curang terhadapnya.

Advertisement

Menurut Shu, sewaktu melihat video Hafidz mempunyai wanita lain, dia sememangnya tidak sangka kesudahan perkahwinan yang dibina berakhir sangat perit hingga waktu itu Shu tidak dapat bernafas dan seluruh badan menggeletar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak itu berharap orang ramai tidak bercerita kepada anak-anaknya mengenai perbuatan yang dilakukan oleh Hafidz kerana tidak mahu mereka berasa kecewa terhadap abah mereka.

Apabila ditanya oleh pihak Melodi jika masih mempunyai perasaan sayang terhadap Hafidz, Shu mengakui masih menyayanginya tetapi dia terima ini adalah takdir mereka.

Tipulah tak sayang.. abah kepada dua orang anak kami..

Sekadar info, Hafidz Roshdi sebelum ini mengakui masih mempunyai perasaan cinta terhadap isteri dan ruang pendamaian masih terbuka buat wanita tersebut untuk perbaiki hubungan mereka.

1 year ago

"Ruang Berdamai Sentiasa Terbuka" - Hafidz Roshdi Mengaku Masih Ada Rasa Cinta Pada Shuhada

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...